Tiba-tiba kecoh dengan cerita salji tiba-tiba turun di kawasan tertentu di negara jiran kita, Indonesia. Cerita berkenaan diperkuatkan lagi dengan adanya video yang dimuat naik dalam Youtube. Menerusi video berkenaan, pembaca berita Chelms Ford News melaporkan tentang kejadian luarbiasa apabila bahagian Utara di Kepulauan Indonesia dikatakan dihujani salji buat kali pertama.

Bagaimanapun wujud pertikaian mengenai video dan berita berkenaan. Oleh itu, berita ini kemungkinan palsu dan boleh dipertikaikan kerana ia tidak menampilkan saksi dan memberitahu lokasi yang benar-benar jelas. Apa yang dipaparkan cuma deraian salju yang mungkin dirakam di negara lain.

salji di indonesia

Laporan sebuah portal blog juga menjelaskan hasil pemeriksaan mereka di laman web chelmsfordweeklynews juga tidak menemukan sebarang berita tentang perkara ini. Mereka juga berkata, jika benar ini laporan berita palsu memang rajin sungguh pihak yang melakukannya buat kerja-kerja suntingan.

Hasil pemerhatian ammboi pula, ada versi video yang dilihat lebih kurang sama. Ianya adalah mengenai laporan salji di Filipina. Anda boleh buat perbandingan dibawah:

VIDEO BERITA SALJI DI INDONESIA

VIDEO BERITA SALJI DI FILIPINA

p/s: Jap lagi mungkin ada video salji di Malaysia…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.