Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelaskan beliau diberi taklimat oleh pasukan penyiasat membabit pelbagai negara mengenai maklumat terbaru MH370 yang masih hilang. Mengikut data radar, pesawat dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten. 

Berdasarkan maklumat baru data satelit, komunikasi pesawat dimatikan sebaik pesawat memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia. Katanya, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia. Petunjuk terbaharu yang diperoleh berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 memberi kelegaan kepada keluarga penumpang pesawat.

sidang media mh370 15 mac 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi juga mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di Laut China Selatan dihentikan. Katanya, kerajaan dan pihak berkaitan kini menilai semula penghantaran aset ke kawasan itu dan ditumpukan di kawasan baru di sebelah barat Semenanjung.

Anda boleh baca laporan penuh Sinar Harian dibawah:

Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi. Perdana Menteri dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.

Najib berkata, misi mencari dan menyelamat MH370 kini memasuki fasa terbaru apabila lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan. Jelasnya, kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand.

Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi. Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370. Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.

“Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa,” katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Anda juga boleh lihat video sidang media dibawah:

Anda juga boleh menonton sidang media ini disini – ASTROAWANI
Antara intipati sidang media diatas adalah:
  1. MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back).
  2. Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8 11pagi 11 Mac waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pukul 6.30 pagi di Beijing.
  3. Usaha mencari MH370 di laut China Selatan dihentikan serta merta.
  4. Pengakutan darat,laut, udara, radar primer,radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
  5. Disahkan juga transponder were systematically switched off apabila pesawat menghampiri sempadan vietnam!.
  6. Malaysia masih mengkaji sebab MH370 bertukar arah secara tiba-tiba.
  7. Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar MH370.
  8. Acard dimatikan sebelum tiba di pantai timur semenanjung Malaysia.

Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas – mStar Online

Menurut laporan Associated Press pula, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan. Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Titik misteri yang dikesan dalam radar TUDM adalah MH370 – Astro Awani

Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada.

p/s: Harap semua penumpang MH370 selamat dijumpai. Amin…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.