Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan polis Maldives yang mula siasat berkaitan dakwaan sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilapor hilang. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, hari ini.

Pihak berkuasa Maldives juga telah mengesahkan bahawa laporan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dilihat di ruang udara negara itu adalah tidak benar. Beliau mengulas laporan mengenai penduduk di Kuda Huvadhoo di Maldives melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama MH370 hilang.

MH370 MALDIVES

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Sumber: mStar dan Berita Harian


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.