Ada yang kata apa yang dilakukan oleh wanita ini mungkin boleh memberi kesan buruk kepadanya juga. Yalah, peragut dipaksa lari bogel dan mungkin selepas itu wanita berkenaan akan jadi sasaran untuk balas dendam pula.

Apapun ia adalah pengajaran berguna buat peragut lain. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang peragut di Bogota, Colombia, dia nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita yang disasarkan membogelkannya sebelum memaksanya berlari di jalan raya.

PERAGUT DIPAKSA LARI BOGEL

Memetik sumber beberapa info termasuklah myMetro, rakaman video menunjukkan ‘mangsa’ menarik rambut lelaki itu selepas dia cuba merompaknya mengunakan pisau.

Menerusi sumber rakaman video itu pula, ia bermula dengan wanita terbabit menarik rambut lelaki berkenaan dan menjerit sekuat-kuat hati ke dalam telinganya.

Selepas merampas senjata itu dari pegangannya, wanita itu menyepak lelaki itu beberapa kali sebelum mengosongkan poketnya dan mengarahkannya melutut.

Lelaki itu merayu meminta maaf tetapi tidak diendahkan ‘mangsa’ yang terus menarik rambutnya berulang kali. Malah pada satu ketika wanita itu dilihat memukul kepala lelaki berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.