Fuh, ramai tidak menjangka selebriti Malaysia ini mampu berada dalam senarai 100 wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2013. Sahkan orang lain, Soo Wincci sendiri akui terkejut apabila dirinya tersenarai dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik 2013.

Menerusi senarai yang dikeluarkan, Soo Wincci berada di tangga ke-91 sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom). Sementara tempat pertama milik pelakon cantik dari Perancis, Marion Cotillard selepas tersenarai selama 12 tahun.

Soo Wincci The 100 Most Beautiful Faces of 2013

Memetik kenyataan Soo Wincci menerusi Sinar Harian, dia akui senarai itu menjadi penggalak kepada impiannya menembusi pasaran Hollywood.

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita ini. Ketika itu (semalam) saya dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Taiwan. Berita ini sangat menggembirakan saya kerana saya menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impian saya ke Hollywood,” katanya.

Jom lihat video The 100 Most Beautiful Faces of 2013 dibawah:

THE MOST BEAUTIFUL FACES OF 2013

Anda juga boleh lihat video ini di SINI.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.