Tiga jenazah dan salah satunya adalah jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak. Jenazah guru agama berkenaan, Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.

Dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. Kesemua jenazah akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan. Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

“Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi. Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah. Arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam,” katanya dipetik BH Online.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Abdullah Abdul Karim, 74, yang juga menantu kepada arwah Maheran yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum. Katanya, dia sendiri lihat kain kapan ibu mentuanya masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput dan hanya dikotori tanah sahaja.

jenazah wangi kampung batu badak

Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek. Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat. Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Sementara itu, salah seorang waris kepada dua jasad yang tidak terusik, Rahmah Mohd Zain, 77, berkata, ia merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan situasi seperti ini dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT di depan mata.

“Dahulu saya tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur atuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Tetapi kubur kakak ipar (Senyum Salleh) dan adik lelaki saya (Harun Mohd Zain) sahaja yang masih elok kain kapannya. Adik saya meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Chaah ketika berumur 68 tahun. Saya sempat menyentuh kain kapannya dan terasa ada lagi dagingnya,” katanya.

Rahmah yang merupakan guru agama turut menafikan bahawa gambar dua jasad yang tersiar di media sosial didakwa sebagai suami isteri adalah tidak benar, sebaliknya tiada sebarang perhubungan.

“Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran. Sewaktu hayatnya, Ahmad Raof ini memang merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini. Arwah Mehran pula merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengajar mengaji tanpa mengharapkan sebarang upah. Mungkin itu adalah sebab mengapa jasadnya tetap terpelihara,” katanya selain berharap supaya gambar jenazah ini tidak disebarkan sesuka hati tanpa kebenaran keluarga waris sebagai menghormati permintaan mereka.

Pada masa sama, kawasan perkuburan Islam Batu Badak didatangi oleh ramai pengunjung yang mahu menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Saksikan video dibawah bagaimana proses mengeluarkan mayat. Perkuburan yang terlibat dengan expressway Segamat-Tangkak yang telah di gali semula untuk pemindahan. Didapati ada 3 jenazah yang masih elok dan utuh meskipun telah dikebumikan lebih 7-11 tahun yang lalu dan kain kafan tu masih berbau wangi. Semoga kita mengambil iktibar atas peristiwa ini. AllahuAkbar, semoga kita semua diredhai olehNya dan tergolong di kalangan orang yang beriman.

Video sumber YOUTUBE – Jika anda tidak menyenangi video ini sila beritahu ADMIN dan langkah seterusnya akan dilakukan. Terima kasih.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.