Semalam kita dikejutkan dengan berita tragedi letupan bom di Selatan Thailand. Antara lokasinya adalah Pekan Danok yang menjadi antara tiga tempat digegarkan dengan letupan bom berkenaan.

Memetik sumber Harian Metro, kerajaan Thailand mengesahkan tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan mahupun terbunuh dalam kejadian tersebut. Datuk Bandar Sumnukham, Kecha Benjakern berkata, seramai 27 mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Sadao, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan serius sudah dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan susulan. Menurutnya, kawasan sekitar insiden letupan bom akan ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan selain urusan pampasan insurans.

video letupan di danok thailand

“Kerajaan Thailand akan memberi pampasan kepada semua mangsa yang cedera dan kejadian ini sememangnya di luar jangkaan. Kami berharap pelancong terutamanya rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan keadaan itu memandangkan pihak kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebelum itu, dua letupan berlaku di Balai Polis Padang Besar, Thailand dan di pekarangan Balai Polis Sadao, di Songkhla tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku melainkan kerosakan beberapa kenderaan. Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand jam 11.30 pagi, disusuli letupan sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer dari lokasi pertama. Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit. Letupan ketiga berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok apabila bahan letupan dipasang pada kereta yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan jam 1.45 tengah hari.

Jom lihat video dari rakaman cctv sebelum dan selepas letupan bom berlaku di Danok dibawah:

VIDEO TRAGEDI LETUPAN DI DANOK, SELATAN THAILAND

p/s: Alhamdulillah, tiada rakyat Malaysia yang terkorban…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.