Kami Perlu Usaha Lebih Keras | Itulah luahan kedua-dua anak muda Malaysia yang sedang menjalani ujian pemilihan bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu. Selepas seminggu menjalani latihan pemilihan bersama berkenaan, dua pemain sayap muda negara, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor mengakui mereka perlu meningkatkan tahap kepantasan untuk bersaing sebelum ditawarkan kontrak.

Ini kerana meskipun hanya beraksi di liga divisyen tiga negara matahari terbit itu, pemain kelab berkenaan mempunyai tahap permainan dan corak latihan berintensiti tinggi. Wan Zaharulnizam, 21, atau lebih dikenali sebagai Kecik, berkata selepas tiba di Okinawa, Jepun Khamis lalu, dia dan Wan Zack diberi peluang menyertai latihan pasukan utama kelab itu sehari kemudian.

“Kami berpeluang berlatih dengan pasukan utama. Jurulatih beritahu kepada ejen yang kami berdua boleh mengikuti semua program latihan pasukan,” katanya ketika dihubungi di Okinawa, semalam.

Bagi Wan Zack, 21, tumpuannya kini hanya mengikut segala program latihan yang diatur FC Ryukyu dan terserah kepada pihak pengurusan kelab membuat keputusan sama ada untuk memberi kontrak kepada mereka berdua atau sebaliknya.

p/s : apapun cuba berikan yang terbaik, semoga berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.