Jurulatih FC Ryukyu Takeo Matsuda Amat Berbangga Dengan Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam | Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal kini sudah seminggu di Jepun untuk ujian di sana dan dijangka akan pulang pada minggu hadapan (28 Julai 2012). Jurulatih FC Ryukyu juga memuji Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang mudah menyesuaikan diri dalam ujian di sana.

“Mereka sentiasa mahu mendapatkan gol dan kedua-dua mereka sangat berbakat. Ujian ini memberikan impak positif kepada mereka dan juga pasukan. Saya harap mereka akan menikmati cabaran di Jepun.” kata Matsuda. Wan Zack dan Wan Zaharulnizam yang dikenal pasti pasukan Ryukyu semasa perlawanan Kelayakan Olimpik dengan Jepun itu dikatakan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan di Jepun.

“Mereka kadang-kadang bergurau dengan pemain lain dalam bahasa Inggeris dan mereka mencuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri. Mereka tidak boleh makan babi, jadi mereka lebih berminat makan ayam goreng masakan Jepun dan kadang-kadang mereka hanya masak di rumah.”

Wan Zack Haikal dan Wan Zaharul Nizam sememangnya berminat untuk kekal bersama pasukan berkenaan. Kedua-duanya menyatakan hasrat untuk beraksi secara tetap di FC Ryukyu, Jepun. Apapun keputusan bergantung kepada usaha mereka disana dan keputusan pemilihan FC Ryukyu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.