Mesti anda kurang terkejut kalau wanita berusia 60 tahun bernikah dengan lelaki jauh lebih muda daripadanya. Sebab itu boleh dianggap perkara biasa juga. Apatah lagi ada yang menganggap lelaki yang berkahwin dengan wanita berusia ini tidak hensem sangat dan biasanya mahu mengikis harta yang ada pada wanita berkenaan.

liu xiao qing

Tetapi anda mungkin akan terkejut, kerana wanita ini juga berusia 60 tahun namun rupa parasnya langsung tidak menunjukkan dia diusia itu. Wanita berkenaan adalah Liu Xiaoqing dan dia telah pun bernikah dengan lelaki yang berumur 28 tahun yang tampan. Selain itu, lelaki muda berkenaan, Yi Gang berasal dari keluarga kaya raya dan tinggal di San Fransisco.

liu xiao qing 2

Pernikahan pasangan tersebut usia yang sangat jauh ini pun menjadi sensasi di negara itu dan yang menjadi tanda tanya apa yang menjadi punca Yi Gang menikahi Liu Xiaoqing? Sudah tentu kerana si wanita yang berumur 60 tahun itu masih terlihat seperti umur 30 tahun.  Penampilan Liu Xiaoqing tetap terjaga dia tetap kelihatan menarik, cantik dan seksi.

yi gang and liu xiao qing

Apa yang membuat Liu Xiaoqing yang sudah berumur 60 tahun ini terlihat tetap cantik dan awet muda? Khabarnya Liu sudah melakukan beberapa kali operasi plastik untuk menjaga penampilannya. (Benda dah tak asli dah ni…)

liu xiao qing and yi gang

Bukan hanya itu, berkat kecantikannya, Liu juga pun sudah beberapa kali mendapat gelar Ratu Cantik untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru Liu berlakon dalam sebuah filem dan dia berperanan menjadi gadis berusia 19 tahun. FUH…!

p/s: Macam tak logik pula…

SUMBER

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.