Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, gagal selepas dia berjaya diselamatkan pihak bomba pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.28 pagi itu, orang ramai yang terkejut melihat mangsa berusia 35 tahun cuba terjun terus menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, seramai dua pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.40 pagi. Menurutnya, pihaknya kemudian berjaya memujuk mangsa tidak lama kemudian dan dibawa masuk melalui tingkap.

wanita cuba bunuh diri di flat desa mentari ditahan

Anda boleh lihat video detik cemas berkenaan disini: (VIDEO) DETIK CEMAS WANITA CUBA BUNUH DIRI TERJUN FLAT DESA MENTARI

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.