Seorang wanita berhadapan hukuman penjara atau denda kerana merakam aksi suaminya yang didakwa curang dan menyebarkannya ke laman sosial pada Selasa lepas.

Wanita ini mungkin berdepan hukuman penjara kerana rakam suami curang – Menurut Emirates247, video berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang memeluk dan mencium seorang pembantu rumah. Menurut peguam Majid Qaroob, wanita yang tidak dinamakan tersebut boleh dipenjarakan setahun.

WANITA INI MUNGKIN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA KERANA RAKAM SUAMI CURANG

“Wanita tersebut berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat,” kata Majid.

“Undang-undang ini memastikan hukuman tegas kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan menfitnah mereka,” kata Majid.

WANITA INI MUNGKIN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA KERANA RAKAM SUAMI CURANG 3 WANITA INI MUNGKIN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA KERANA RAKAM SUAMI CURANG 4

Bagaimanapun sejak video berkenaan jadi viral di laman sosial, ramai warga maya menyuarakan sokongan terhadap wanita tersebut. Ada yang berkata, lelaki itu melanggar hukum Islam. Pertama dia telah melakukan zina. Kedua, dia melakukan serangan seksual. Lelaki ini patut dibogel dan dirotan di jalanan dihadapn semua orang. Ini hukuman setimpal untuknya.

Sejak isu dan video berkenaan mencetus kontroversi, video terbabit telah dibuang dari laman Youtube tetapi laman web mirror.co.uk ada menyimpan video tersebut


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.