Pelakon drama Autumn Di Hatiku dari Korea Selatan, Kim Jin Sung atau lebih selesa dipanggil JS menyifatkan wajah wanita di Malaysia mempunyai tarikan yang tersendiri selain berhasrat untuk memiliki kekasih dari negara ini. Katanya dalam satu portal berita online, wanita Malaysia mempunyai kecantikan yang asli berbanding wanita di negaranya yang kebanyakan melakukan pembedahan plastik.

“Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri. Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan. Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini,” katanya dipetik dari mStar Online.

Hanez Suraya dan Kim Jin Sung

Tambah JS, jika berpeluang memiliki kekasih di negara ini, dia inginkan wanita yang berwajah seakan-akan pelakon drama Autumn Di Hatiku iaitu Ezzaty Abdullah dan memiliki ketinggian seperti Hanez Suraya. Selorohnya, bunyi macam pelik, tetapi itulah ciri-ciri wanita yang dia idamkan.

autumn di hatiku kim jin sung

Pelakon dan Sinopsis Drama Autumn Di Hatiku | Drama bersiri Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari bermula 3 Julai lalu menerusi laman www.tonton.com.my. Ia turut dibarisi pelakon Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Anas Ridzuan dan Ezzaty. Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum. Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.