Seorang wanita yang digelar ‘Hannibal Lecter wanita’ ditahan atas tuduhan membunuh suaminya dan memasak hati, hidung serta alat kelamin mangsa. Pesara wanita berusia 71 tahun itu dituduh memukul suaminya yang berusia 80 tahun sehingga mati dengan batu lesung.

Menurut sumber, selepas membunuh suaminya 22 Mei lalu, suspek memasak anggota badan mangsa di dalam periuk di kampung Longwy, timur laut Perancis.

Sumber kehakiman berkata:

“Suspek memasak hati, hidung dan alat kelamin di dalam periuk namun kami tidak pasti jika dia memakannya.” Sumber itu menyamakan suspek ‘Hannibal Lecter wanita,’ watak dari filem ngeri yang pernah ditayangkan pada 1991, The Silence of the Lambs yang dilakonkan oleh Anthony Hopkins sebagai kanibal.

Female Hannibal Lecter

Peguam Caroline Depretz berkata anak guamnya mengalami masalah kecelaruan jiwa dan berkata: “Ia perbuatan orang kurang waras.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.