Seorang pejalan kaki wanita parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika sedang melintas laluan pejalan kaki di Jalan Burma, Georgetown tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengahari itu, mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang gagal berhenti ketika lampu merah.

Memetik sumber info, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata mangsa ketika ini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala.

Jelasnya dalam satu kenyataan, pihak polis sudah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal terbabit dan usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kes ini diklasifikasi sebagai langgar lari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berikut adalah rakaman video dari kemalangan tersebut:

Semoga pesalah ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya!

==========

[UPDATE] – Wanita pejalan kaki yang dilanggar lari penunggang motosikal ketika melintas di Jalan Burma tengah hari tadi, meninggal dunia malam ini.

Mangsa Foo Swee Wah, 58, meninggal dunia ketika dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memberi amaran supaya penunggang motosikal terbabit menyerah diri kepada pihak polis.

Beliau berkata, jika tidak polis akan mengesan dan menahan penunggang terbabit yang melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Menurutnya, kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.