Terkejut juga ammboi dengan berita ini. Sebelum ini bukan main suami Noraida membela isterinya dan mahu ambil tindakan keatas Adi Putra. Namun tiba-tiba berita ini merungkaikan segalanya. Terbaru, menerusi laporan berita, Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abd Mutalib, semalam.

Memetik laporan myMetro, Amiruddin mengaku telah menceraikan isterinya Noraida dengan talak satu semalam. Katanya, lafaz cerai dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.

noraida

“Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.