Apabila mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan agama sudah tentu kita akan semakin jauh denganNya. Begitu jugalah yang dialami oleh seorang lelaki yang mendakwa mewarisi amalan songsang dari datuknya. Menurutnya, setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat. Namun apakan daya, menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.

“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad.”

amalan songsang

Demikian luahan Rashid, 34, dalam laporan Harian Metro, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.

Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.

“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

p/s: Kalau tak nak ia berlarutan rasanya Rashid ni kena cari pakar untuk buat ilmu terlarang seperti ini…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.