Watak Tun Siti Hasmah Kini Berpindah Kepada Lisa Surihani | Lisa Surihani kini diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas memegang watak Tun Siti Hasmah dalam pementasan teater ‘Tun Siti Hasmah‘ disamping aktor Esma Danial sebagai Tun Mahathir di zaman tua, manakala Nazim Othman sebagai Tun M ketika muda.

Lisa Surihani dipilih selepas aktres Erra Fazira menarik diri daripada membawakan watak Tun Siti Hasmah kerana dikhabarkan Erra Fazira dan beberapa pelakon lain tidak dapat memberikan komitmen ekoran jadual kerja mereka yang padat selepas jadual pementasan ditunda.

Mengikut jadual asal, teater ‘Tun Siti Hasmah’ akan dipentaskan pada 31 Ogos 2012 ini. Terbaru, naskah yang akan diarahkan oleh pengarah tersohor, Erma Fatima ini dan dibarisini bintang hebat seperti Lisa Surihani dan Esma Danial akan dipentaskan bermula 14-23 September 2012 depan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.