Kalau sebelum ini Celcom Axiata Bhd telah bikin kecoh dalam segmen pelan pascabayar postpaid, kini Celcom nampaknya sekali lagi memberi kejutan dalam kategori prepaid pula apabila memperkenalkan Xpax Magic Reload.

Pelan Xpax baharu Magic Reload ini menawarkan pelanggan dengan penyambungan dan pengalaman mudah alih lebih hebat pada harga begitu kompetitif.

XPAX MAGIC RELOAD PELAN PREPAID TERBARU DARI CELCOM 2

Xpax Magic Reload baharu menawarkan antaranya, pilihan pelan internet bersesuaian, panggilan tanpa had, Yonder Music tanpa had, dan membolehkan pengguna membawa ke hadapan separuh daripada baki internet asas yang tidak digunakan.

Kelebihan Celcom Magic Reload!

Untuk makluman anda, Magic Reload dipasarkan dalam lima saiz iaitu S, M, L, XL dan 2XL. Saiz S menawarkan 1GB internet pada harga RM8 yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk sehari. Ia sesuai bagi mereka yang memerlukan penyambungan internet jangka pendek, khususnya ketika kecemasan.

Saiz M menawarkan 1GB internet pada bila-bila masa dalam seminggu, ditawarkan pada harga RM18, manakala saiz L menawarkan 4GB untuk sebulan pada harga RM38, yang mana 2GB daripadanya diperuntukkan bagi kegunaan hujung minggu.

Saiz XL pula menawarkan 5GB internet pada harga RM48 sebulan, yang mana 3GB bagi hari biasa manakala 2GB untuk hujung minggu. Penawaran terakhir ialah saiz 2XL dengan 7GB pada harga RM68 sebulan, dengan mana 5GB diperuntukkan pada hari biasa dan 2GB untuk hujung minggu.

Semua saiz menawarkan panggilan suara tanpa had ke talian Celcom lain dan akses kepada Yonder Music tanpa had. Selain itu, khusus bagi saiz XL dan 2XL, tambahan panggilan suara percuma ke talian selain Celcom turut ditawarkan.

Bagi saiz XL, panggilan percuma 30 minit diberikan, manakala 60 minit untuk saiz 2XL. Internet yang tidak digunakan pula boleh dibawa ke hadapan separuh daripadanya, sementara Internet Burung Hantu boleh dinikmati sebagai tambahan pada harga RM5 bagi 10GB.

Bersama-sama penawaran terbaru itu, pelanggan Celcom Axiata masih mendapat akses kepada internet asas percuma bagi perkhidmatan mesej asas seperti WhatsApp, WeChat dan Facebook Messenger.

XPAX MAGIC RELOAD PELAN PREPAID TERBARU DARI CELCOM 3

Kelemahan Celcom Magic Reload!

Berdasarkan kepada beberapa tawaran diatas Celcom Xpax Magic Sim Reload ini sudah terbaik. Namun begitu terdapat kekeliruan dengan ada laporan mengatakan tiada SMS percuma diberikan. Oleh itu bagi kesemua pakej Xpax Magic Reload, SMS dikenakan caj berasingan mengikut asas penggunaan iaitu 12 sen bagi setiap kiriman SMS.

Tetapi berdasarkan kepada laman web Celcom Xpax (lihat jadual diatas) ada panggilan dan SMS percuma diberikan. [p/s: Sebenarnya SMS bukan keperluan utama lagi memandangkan sudah ada pelbagai aplikasi lain lagi untuk menghantar pesanan secara percuma menggunakan pelan internet]

XPAX MAGIC RELOAD PELAN PREPAID TERBARU DARI CELCOM PREPAID XPAX MAGIC RELOAD PELAN PREPAID TERBARU DARI CELCOM PREPAID 2XPAX MAGIC RELOAD PELAN PREPAID TERBARU DARI CELCOM 4

Anda boleh dapatkan Starter Pack Magic Sim Reload dari Xpax ini dengan harga RM10 sahaja. Ia didatangkan dengan RM6 kredit percuma, 200mb internet berkelajuan tinggi serta 500mb internet asas percuma dengan tempoh aktif selama 5 hari. Info lanjut anda boleh berkunjung ke laman www.xpax.com.my!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.