Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah ‘perlindungan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Memetik laporan Sinar Harian, wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib. Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

“Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau. Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa,” katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.