Nampoaknya gergasi laman sosial no.1 dunia sekali lagi berdepan tindakan saman sepanjang pelancarannya. Tidak cukup dengan saman hak keatas laman sosial berkenaan, saman kali ini adalah untuk hak paten pihak lain yang laman sosial itu gunakan. Menurut laporan berita hari ini, Yahoo! menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan. Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya dan tindakan Facebook dikatakan telah menyebabkan Yahoo! bertegas untuk ambil tindakan berkenaan.

p/s : kena berhati-hati selepas ini nak berblog atau sebagainya. kalau copy katakan copy kalau tulis sendiri lagi baik….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.