Satu kejutan apabila artis yang dikatakan ‘anak emas’ sesebuah pengurusan bertindak keluar dari pengurusan tersebut. Adakah ada masalah dalaman yang berlaku sampai dia bertindak sedemikian? Ops, lupa. Ia berkaitan Yana Samsudin yang diberitakan tidak menyambung kontrak dengan syarikat pengurusan MIG Talent, milik David Teo.

Enggan isu berkenaan berpanjangan dan menimbulkan salah faham, Yana Samsudin telah memberikan penjelasan mengenainya. Memetik sumber berita, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, memberitahu keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama syarikat pengurusan MIG Talent bukan disebabkan pertelagahan, sebaliknya ia dibuat kerana ingin berdikari.

yana samsudin

“Rasanya cukuplah 10 tahun bersama MIG. Tidak dinafikan memang MIG banyak membantu melonjakkan kerjaya lakonan saya, tetapi selama mana saya hendak terikat? Saya berundur bukan sebab bermasalah dengan majikan, malah saya menganggap David seperti bapa.”

Kontrak Yana dilaporkan bakal tamat pada 26 Februari 2014 ini iaitu selepas kira-kira sedekad bersama dengan syarikat milik David Teo itu. Yana juga memberi tahu pengundurannya juga dibuat secara baik. Selain itu, Yana juga tidak menafikan MIG menjadi penyumbang utama rezeki dalam tempoh terbabit, Yana nekad dan sentiasa percaya pendapatan ada di mana juga. Justeru, beliau tidak gentar memilih untuk membawa haluan sendiri.

p/s: Oklah tu, tiba masanya MIG cari dan asah bakat lain pula kan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.