Alamak, kecoh pula dengan gosip mengatakan pelakon Yana Samsudin sudah bertunang. Khabarnya beliau telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang merupakan anak kepada seorang tokoh korporat dan bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini. Betul ke?

Memetik laporan Malaysia Digests, dakwaan tersebut timbul ekoran baru-baru ini Yana ada menghadiri ke sebuah majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam dan dia khabarnya datang bersama seorang jejaka berkulit putih.

tunang yana samsudin

“Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang boleh dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu” Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu”, katanya.

Yana Samsudin juga berkata yang beliau pastinya akan menghebahkan serta menjemput para media jika beliau bertunang atau berkahwin suatu hari nanti.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.