Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, Isnin lalu, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jerantut kepada pihak media.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail, berkata pelajar terbabit, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada jam 10 malam tadi. Ibu pelajar terbabit, sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.

Keluarga Nornabila yang menetap di Taman Koperasi, Jerantut ke Kuantan dan menemui Nornabila di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, Kuantan. Tambah beliau lagi, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan sudah berkahwin itu.

p/s : hampeh….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.