Lama juga peminat pelakon dan pengacara Yasmin Hani berteka-teki mengenai nama bayi sulungnya itu. Maklumlah, sejak dilahirkan pada 12 November 2013 lepas, baru semalam Yasmin Hani memberitahu nama anaknya. Sebelum ini bayi itu cuma dikenali dengan panggilan Baby N sahaja.

gambar dan nama anak yasmin hani noah

Menerusi laman Instagram miliknya, Yasmin Hani telah memuat naik gambar anak sulungnya itu disertakan dengan nama penuh untuk Baby N. Yasmin Hani dan suaminya, Sha’arin Razali Wong telah sepakat memilih nama Noah Ismail Wong untuk bayi mereka.

gambar dan nama anak yasmin hani noah 2

Tahniah kepada Yasmin Hani dan Sha’arin. Semoga Noah senantiasa sihat selalu dan membesar sebagai anak yang soleh. Amin…

Sumber gambar: Instagram Yasmin Hani


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.