Yuna Tarik Diri Dari Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 | Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sedang pihak penganjur sibuk buat persiapan, ada pula cerita yang mahu tarik diri.  Menurut laporan berita hari ini, Yuna telah mengumumkan untuk menarik diri daripada pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 ini.

Menurut laporan Harian Metro, Yuna terpaksa berbuat demikian ekoran jadual proses rakaman album terbarunya di Amerika Syarikat yang bertembung dengan tarikh AJL27. Berikut adalah penjelasan pengurus peribadi Yuna, Nor Zaina Wardah atau Wawa dalam laporan berkenaan.

yuna shout awards 2012

“Yuna membuat keputusan yang dia tidak beraksi, tetapi membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian. Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan bersama TV3.”

Dalam pada itu, pihak penerbitan Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 bakal mengumumkan penyanyi gantian tersebut pada hari ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.