Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) sudahpun melabuhkan tirainya dengan mengumumkan kumpulan Sepahtu sebagai juara. Walaupun sudah seminggu lebih program berkenaan berakhir nampaknya cerita-cerita panas MLM2013 masih kedengaran.

Ada cerita mengenai ramai yang mempertikaikan keputusan juri dan ada juga cerita mengenai rasa tidak puas hati antara peserta dan sebagainya. Antara yang terbabit adalah Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu. Menurut laporan ruangan Hiburan-Utusan, ada pergeseran melibatkan Yus dan Tauke sebelum malam final MLM2013 disebabkan hal yang cukup remeh temeh.

lat

Kata sumber berkenaan, rentetan daripada isu kecil yang melanda mereka itu masing-masing tarik muka masam dan tak memberikan yang terbaik pada persembahan malam itu. Itu sebabnya mereka gagal berada dalam kelompok 3 terbaik dan hanya mampu berada di tangga ke 4.

Apapun, kalau benar Yus dan Tauke ada masalah, diharapkan perselisihan faham antara mereka sudah selesai. Tak perlulah panjangkannya kan. Lagipun Yus dan Tauke memang antara pasangan pelawak yang terbaik.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.