Zain Saidin Bakal Merisik Rozita Che Wan Namun Belum Tetapkan Tarikh | Semua orang sudah tahu mengenai hubungan istimewa antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Malah pelakon Oh My English! itu juga pernah meluahkan hasrat mahu merisik kekasihnya itu cuma dia mahupun keluarga belum menetapkan sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa terdekat.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata dalam laporan mStar Online, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil. Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu.

zain saidin dan rozita che wan universal studio singapura

Ditanya mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan keluarganya. Jelasnya dia pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.