Zain Saidin dan pasangannya, Rozita Che Wan atau Che Ta nampaknya masih berahsia mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan mereka. Namun setelah pelbagai spekulasi timbul mengenai tarikh pernikahan mereka, Zain dan Che Ta akhirnya akur dan mendedahkan akan menjawab segala persoalan mengenainya pada sidang media khas yang bakal diadakan pada hari Isnin ini.

“Kami akan adakan sidang media, tidak lama lagi. Nanti kami jawab soalan yang selama ini ditanya. Jadi, saya harap semua orang bersabar menunggu. Saya sebenarnya suka apabila ramai yang membuat andaian sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami. Jadi, secara tidak langsung, kami ada pilihan. Ini kerana kami belum ada tarikh tetap lagi. Kami masih mencari-cari tarikh sesuai kerana mahu seluruh anggota keluarga hadir tanpa ada yang tertinggal,” kata Rozita Che Wan dipetik BH Online.

zain saidin dan rozita che wan bernikah

Zain pula berkata, lokasi perkahwinan mereka sudah ditetapkan. Selain itu, Zain mengakui dia dan Che Ta masing-masing berbelanja RM100,000 seorang bagi meraikan hari bahagia mereka. Mengenai persiapan perkahwinan, Zain berkata antara 60 hingga 70 peratus sudah siap. Tinggal sikit-sikit saja untuk diperincikan.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, majlis resepsi mungkin diadakan di Shah Alam. Tetapi kami ada beberapa lokasi pilihan lain. Persediaan kami bahagikan sama rata, jadilah RM200,000. Ini kos majlis resepsi, hantaran, mas kahwin dan sebagainya,” katanya dipetik dari laporan yang sama.

p/s: Ramai yang tak sabar tunggu hari bahagia Che Ta dan Zain….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.