Zain Saidin Serius Nikahi Rozita Che Wan | Ramai yang mempersoalkan mengenai cerita pernikahan Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Ada yang mengatakan faktor perbezaan usia antara mereka menyebabkan pernikahan mereka nanti akan menimbulkan masalah dikemudian hari. Namun bagi Zain Saidin, beliau akui nekad mahu menyunting aktres itu sebagai suri hidupnya.

Zain berkata dalam laporan Sinar Harian Online, jika ada rezeki dan jodoh, dia dan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

“Saya sudah berbincang dengan Che Ta (Rozita Che Wan) berkaitan perkara ini dan dia menyerahkan segalanya kepada saya. Jadi saya perlu membuat persiapan dengan menyimpan wang yang cukup untuk majlis perbelanjaan perkahwinan kerana saya adalah lelaki. Bagaimanapun, semuanya terletak kepada rezeki, jika ada rezeki, kami akan berkahwin mengikut perancangan,” katanya dalam laporan berkenaan.

Zain juga berharap pengakuannya ini akan menutup segala cerita negatif berkaitan Rozita, termasuk mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Saya dan Che Ta memang serius. Jadi saya harap, tidak ada lagi cerita mengarut mengaitkan dia dengan lelaki itu dan ini, kerana dia dan saya memang serius sekarang,” katanya.

Selain itu Zain juga menafikan segala pengakuan yang dibuatnya ini adalah untuk mencari publisiti murahan. Malah, dia turut menegaskan segala yang dimaklumkan ini adalah perkara serius.

zain saidin dan rozita che wan

“Buat apa saya nak main-main. Kalau saya sudah maklumkan kepada wartawan, maknanya itulah yang saya mahu dan saya serius dengan perkara yang saya cakapkan. Untuk apa saya mahu mainkan perasaan peminat atau sesiapa sahaja. Lagipun jika saya senyap, orang akan berkata juga. Jadi baik saya berterus terang. Sama ada orang lain boleh terima atau tidak, itu terpulang,” katanya.

Sementara itu, Rozita yang dihubungi melalui sistem pesanan ringkas (SMS), enggan beri sebarang komen berkaitan hal itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.