Zarina Abdullah Majid, pengantin perempuan yang ditahan semasa melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu pada Ahad lalu berkata beliau berasa sangat malu dan sakit hati kerana majlis perkahwinannya tergendala akibat tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis berkenaan.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zarina, 32, berkata beliau berasa malu dan sakit hati kerana tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

“Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” kata Zarina.

Beliau juga kecewa kerana telah menghabiskan RM30,000 untuk majlis perkahwinan berkenaan, demi mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, seorang pemuda Hindu. Katanya lagi, dia nekad untuk meneruskan upacara mengikut adat Hindu itu kerana tidak berjaya menukar status agamanya selepas membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan itu.

jabatan agama islam selangor jais

“Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri,” katanya lagi seperti dipetik laman berita tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Zarina berusaha menggugurkan status agama Islam dalam kad pengenalannya sejak 2007 melalui proses di Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Zarina juga menjelasan dia juga membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengupah peguam bagi tujuan itu. Dia bagaimanapun tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha untuk menggugurkan status agama Islamnya itu.

Menurut laporan itu lagi, Zarina berkata bapanya ibunya S Vasandamma merupakan seorang Hindu, seperti juga bapanya, S Mahendran ketika pasangan itu berkahwin pada tahun 1980.

Bapanya menukar nama kepada Abdullah Majid apabila memeluk Islam selepas itu, namun ibunya kekal beragama Hindu. Ekoran tindakan bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dirakam sebagai seorang Islam. Bapanya bagaimanapun meninggalkan mereka pada 1990 dan beliau dibesarkan oleh ibunya, menurut laporan itu lagi.

p/s: Pihak berkuasa JAIS menjalankan tugas mereka setelah menerima laporan. Harap Zarina dan keluarga faham dan selesaikan kes ini dengan sebaiknya….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.