Isu hangat Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dikatakan menghentam Aaron Aziz diatas kemenangan Aaron selaku Bintang Paling Popular ABPBH 2011 nampaknya masih belum reda. Sebelum ini laman rasmi Facebook Fanpage Zed Zaidi telah digodam oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka, Aaronators Crew. Kali ini pula beliau dikatakan telah menerima banyak ugutan bunuh.

Zed Zaidi yang melontarkan pendapat peribadi di Twitter serta blognya mengenai isu artis Malaysia yang seolah-olah dipinggirkan di negara sendiri, Zed Zaidi terus dikecam hebat oleh segelintir pihak terutamanya peminat Aaron Aziz. Malah, ekoran kelantangannya bersuara dalam menegakkan hak-hak artis Malaysia, beliau kini semakin dihimpit oleh tekanan beberapa pihak. Apapun Zed Zaidi memberitahu beliau sudah membuat laporan polis bagi siasatan lanjut. Ikuti perbualan Zed Zaidi yang dipetik dari laman GUA.

“Saya sudah pun membuat laporan polis pada 12 April lalu, di Balai Polis Mutiara Damansara. Hari ini (Isnin), saya akan buat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan selanjutnya. Saya tak salahkan mereka yang melakukan perkara ini kerana mereka hanya peminat fanatik dan hanya meminati artis itu saja. Pandangan saya sebelum ini mengenai masalah industri dan mereka tak tahu dan tak faham mengenai masalah yang berlaku,” ujar Zed Zaidi.

Ditanya adakah tindakan Aaronators Crew menggodam Facebook-nya disebabkan tindakan Zed meletakkan gambar Mr. Bean pada wajah Aaron di poster Ombak Rindu, Zed menjawab, “Bila masa saya buat gambar itu, saya tak buat pun. Benda ini mengarut dan saya tak ada masa nak buat benda-benda macam ini. Ini satu provokasi dari orang yang tak bertanggungjawab,” tegas Zed yang turut menerima ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

“Bukan saya saja yang kena hentam, isteri saya pun kena hentam. Saya risau memikirkan keselamatan isteri yang tengah mengandung. Saya juga terima banyak ugutan bunuh namun saya masih belum membuat laporan polis sebab saya tengah kumpulkan semua mesej-mesej tersebut.”

Zed dalam perbualannya turut memberitahu apa yang terjadi ini tidak pernah akan menghalangnya dari terus bersuara serta memberikan pendapat.

“Kenapa saya harus rasa takut untuk bersuara di negara sendiri. Ini adalah tanggungjawab saya dan kenapa saya kena tutup mulut. Apa yang dikritik tidak semestinya saya menentang tapi saya berani bersuara untuk melakukan perubahan.

“Bayangkan kalau anugerah kewartawanan Malaysia dimenangi oleh wartawan luar, apa perasaan anda semua? Saya bercakap melalui fakta dan tidak bercakap kosong. Saya juga mengambil kata-kata Perdana Menteri kita, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Jadi, siapa yang nak dahulukan orang tempatan jika tidak kita sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.

– Petikan Gua.Com.My

Melalui perbualan ini boleh dikatakan Zed Zaidi masih lagi tetap dengan pegangannya dan beliau masih mahu berjuang untuk membela artis Malaysia walaupun teruk dikecam pelbagai pihak. Ammboi lihat wartawan Malaysia juga seperti sudah muak dengan ‘aksi’ Zed Zaidi sehinggakan mereka seolah-olah sengaja mencari kesalahan beliau.

Apapun, ada benarnya pandangan Zed Zaidi. Siapa lagi kalau bukan Seniman untuk memperjuangkan nasib artis tempatan. Namun demikian, artis tempatan juga tak bolehlah terlalu mengharap belas ihsan. Seharusnya mereka berusaha meningkatkan tahap diri masing-masing.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.