Pening juga dengan kisah ‘teman mesra tapi mengaku tak mesra’ Zizan Razak dan Emma Maembong. Nampak macam belangkas, tapi bila orang bertanya adakah mereka sedang bercinta, mereka menafikannya pula.

Alih-alih tersebar pula gosip mereka bercium dalam kapal terbang dan tinggal bersama atau bersekedudukan.

Selesai itu bercium dalam kapal terbang, menerusi sebuah portal berita Zizan telah mengulas mengenai tuduhan yang mendakwa dia dan Emma tinggal bersama.

Zizan akhirnya mengaku Emma Maembong datang ke rumah?

gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 1

Oh, jangan salah faham, pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak, 30, sememangnya mengaku yang Emma Maembong pernah datang ke rumahnya. Bagaimanapun Zizan berkata, Emma hanya akan datang tatkala ibu bapanya berada di rumah.

“Ya, saya tak nafi yang Emma pernah berkunjung ke rumah saya. Dia (Emma) akan datang waktu ibu bapa saya berada di rumah,” katanya.

p/s: Ok lah kalau macam tu. Berani kerana benar. Apapun kalau rasa dah terlebih mesra sangat apalah salahnya Zizan dan Emma cepat-cepat mengaku bercinta dan langsungkan pernikahan?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.