Zulkifli Ariffin Bercinta Dengan Gayatri Su-Lin Pillai? Suka Wanita Berusia? | Ini pula berkenaan hubungan cinta Zulkifli Ariffin dengan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai. Ada yang beranggapan mereka hanya ‘cinta lokasi’. Namun Zulkifli menafikannya dan menegaskan hubungannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai bukan sekadar cinta lokasi.

Memetik laporan ruangan HIP – BH Online, Zulkifli Ariffin mengaku dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Gayatri Su-Lin Pillai. Dia mengakui mereka makin rapat sejak tujuh bulan lalu. Namun mengenai dia lebih sukakan wanita berusia atau lebih tua daripadanya, Zul tetap menafikan.

Zulkifli Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai

“Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya,” jelas Zulkifli Ariffin yang menolak anggapan bahawa dia lebih meminati wanita berusia. Ini disebabkan teman wanitanya sebelum ini, Abby Abadi juga berbeza usia dengannya.

“Filem Penanggal dijalankan pada Disember tahun lalu. Selepas habis penggambaran filem itu, kami selalu keluar bersama. Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa,” katanya yang menetapkan mahu berumah tangga sebelum dirinya mencapai usia 30 tahun.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.