Zzati Nafi Jadi Punca Wan Zack Haikal Mahu Pulang Semula Ke Malaysia | Banyak dah komen negatfi sekiranya pemain bola sepak kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Ryukyu FC ingin kembali ke tanah air sebelum kontrak tamat. Ada yang kata merugikan dan ada juga yang kata memalukan negara. Selain itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai keinginan Wan Zack untuk pulang ke Malaysia. Ada yang kata kerana DUIT, dan ada pula kata kerana KEKASIH?

Kekasih yang dimaksudkan adalah penyanyi baru Zzati, 20. Bagaimanapun dalam satu laporan mStar Online, Zzati menolak tuduhan kononnya dia menjadi punca, Wan Zack Haikal ingin kembali ke tanah air sebelum kontrak tamat. Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid berkata, sebagai teman wanita penyerang Harimau Malaya itu, dia juga mahu melihat kerjaya Wan Zack berkembang pada peringkat antarabangsa.

zzati dan wan zack haikal

“Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi. Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa. Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu,” katanya dipetik mStar Oline.

Zzaty berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung pemain bola sepak negara, Wan Zack Haikal yang berhasrat untuk kembali beraksi di Liga Malaysia sebelum kontraknya selama dua tahun dengan kelab Ryukyu FC di Jepun tamat. Selain diumpan dengan tawaran kemewahan Liga Malaysia, masalah teman wanita dikatakan turut menjadi punca pemain berusia 22 tahun itu ingin pulang ke tanah air. Kata Zzati, biarpun berjauhan, mereka sentiasa berhubung dengan pelbagai cara dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi.

“Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih. Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini. Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara. Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia,” ujarnya.

p/s: Ke Jepun beri semangat tak apa, jangan ke Jepun bawa tawaran kontrak sudah.. hehe (maaf, gurau jer…)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.